
Pukulan yang paling bertenaga dalam sukan badminton ialah pukulan smash, yang mana ia merejam bulu tangkis dengan tajam ke arah gelanggang pihak lawan. Kelajuan maksimum bagi pukulan smash ke atas bulu tangkis berbeza berbanding sukan raket yang lain. Rekod kelajuan pukulan diukur ke atas kelajuan awal bagi bulu tangkis serta-merta selepas ia dipukul oleh raket pemain.
Pemain beregu lelaki Fu Haifeng dari China mencipta rekod dunia yang rasmi bagi pukulan smash iaitu 332 km/h (206 mph) pada 3 Jun 2005 ketika Piala Sudirman berlangsung. Pukulan smash paling pantas yang pernah direkodkan dalam acara perseorangan ialah 305 km/h (189 mph) oleh Taufik Hidayat dari Indonesia.[7]
Pemain badminton Malaysia, Tan Boon Heong memegang rekod smash terpantas dengan kelajuan 421 km/h menggunakan ” Yonex Arcsaber Z-Slash ” di Tokyo, Japan pada 26 September 2009. Dua rekod terdahulu adalah pada 2005 yang dipegang Fu Haifeng dari China dengan kelajuan 332 km/h dan 414 km/h oleh Naoki Kawamae dari Jepun. ” Radar Guns and High Speed Video” digunakan untuk mengesahkan rekod tersebut.
![]() Lee Chong Wei, pemain nombor 1 dunia yang terkini | ![]() |
Ranking dunia BWF