Teknik Footwork (Gerakan Kaki)


Teknik asas footwork atau latihan pijakan kaki dalam permainan badminton merupakan latihan pergerakan kaki agar pemain boleh bergerak dengan mudah, baik untuk bertahan mahupun melakukan serangan yang disertai lompatan sehingga pemain boleh menjaga kestabilan dan memperolehi posisi yang tepat untuk melakukan pukulan. Footwork merupakan asas untuk menghasilkan pukulan berkualiti apabila dilakukan dalam posisi yang betul.

Untuk memukul dengan posisi yang betul, seorang pemain harus memiliki kecepatan gerakan. Jika footwork tidak teratur, pasti pergerakan akan terbatas. Pastikan posisi kaki tidak berhimpitan dan lakukanlah dengan selesa misalnya kaki kiri berada di depan dan kaki kanan berada agak ke belakang. Semakin baik seseorang dalam menguasai teknik ini maka akan semakin baik dalam melakukan setiap gerakan dalam permainan, baik ketika menyerang ataupun bertahan.




Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.