Kemahiran & Jenis Pukulan



Pukulan Hadapan

Pukulan hadapan digunakan untuk menyerang pihak lawan. Pukulan bulu tangkis dengan laju dan deras.

  • Pegang raket mengikut teknik pegang depan
  • Bawa raket ke belakang dengan siku refleksi
  • Pergerakan pergelangan tangan dikunci
  • Hayunkan raket ke hadapan dengan bulu tangkis separas dengan ketinggian jaring




Pukulan Kilas

Pukulan kilas digunakan untuk bertahan. Kadang-kadang digunakan untuk mematikan bulu tangkis melalui smash kilas

  • Pada kedudukan sedia
  • Pegang raket mengikut teknik pegang kilas
  • Kilas pinggang sambil siku fleksi menyilang dada
  • Hayunkan raket ke hadapan dan bulu tangkis pada paras bahu




Pukulan Lob

Pukulan lob digunakan untuk bertahan serta menyukarkan pihak lawan melakukan serangan. Pukulan ini dapat memberi masa dan kesempatan pemain kembali ke posisi bersedia.

  • Pada kedudukan sedia
  • Pegang raket dengan teknik pegang depan
  • Bawa raket ke belakang atas kepala. Siku fleksi sambil kepala didongakkan
  • Bawa raket ke hadapan atas kepala dengan siku fleksi
  • Kontak bulu tangkis semasa ia berada di atas kepala


Pukulan Smash

Smash adalah pukulan junam dengan tujuan mematikan permainan pihak lawan. Lompatan dilakukan untuk menambah daya bagi menghasilkan kelajuan bulu tangkis. Teknik melakukan smash ialah:

  • Pada kedudukan sedia
  • Pegang raket mengikut teknik pegang depan
  • Raket dihayunkan ke belakang kepala, siku fleksi
  • Kedudukan badan di belakang bulu tangkis
  • Kontak bulu tangkis semasa bulu tangkis berada di atas depan kepala, setinggi yang boleh dicapai.


Your cart is currently empty.
Continue shopping