Sejarah Kelab

Kelab Badminton C16 telah ditubuhkan pada bulan Jun 2014.

Pada awal penubuhannya, kelab ini hanya diberi nama Badminton Group.

Mempunyai beberapa orang ahli sahaja yang telah dikumpulkan melalui portal Majalah, group Beetalk & saluran internet yang lain. Setelah ahli semakin bertambah, terciptalah nama kelab C16 & group Whatsapp ditubuhkan untuk memudahkan setiap ahli mendapat maklumat berkenaan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kelab.


Terciptanya kelab C16

Nama C16 dipilih oleh salah seorang ahli kami iaitu saudara Safwan Rahimi. Nama tersebut diambil berdasarkan nombor court yang biasa kami jalankan aktiviti. Kami selalu menjalankan aktiviti di Court No 16. Sehingga kini, court tersebut menjadi gelanggang utama kami untuk menjalankan aktiviti mingguan termasuk 2 @ 3 lagi tambahan court di nombor 14, 15 & 17..

Nama C16 adalah nama yang dicadangkan oleh beliau & mendapat undian tertinggi pada waktu itu & seterusnya nama tersebut diambil sebagai nama rasmi kelab. Sehingga kini ahli kami telah melebihi dari 50 orang yang aktif.


Disebalik nama C16

C : Mewakili "Court" @ Gelanggang

16 : Nombor gelanggang di JJB Badminton Court pada ketika itu.



Logo versi 2014 (1st Logo)

Logo permulaan kelab C16 dicipta berdasarkan bulu tangkis & nama kelab. Hanya sebuah logo yang simple & mudah difahami oleh semua.


Logo versi 2015 (2nd Logo)

Logo kedua dicipta ketika merasmikan baju kelab yang baru (jersi ke-2). Gambar pemain yang memukul shuttle di logo tersebut diambil bersempena dengan huruf C yang menggambarkan seorang pemain yang bersemangat serta mendorong mereka untuk menjadi seorang pemain badminton yang baik. Bulu tangkis pula melambangkan tentang identiti kelab ini iaitu kelab ini merupakan salah sebuah kelab badminton.


Logo versi 2017 (3rd Logo)

Logo versi 2017 di ilhamkan setelah 2 tahun menggunakan logo yang sama & simple. Logo ini akan terus kekal & menjadi identiti kelab pada masa kini & akan datang, Insha-Allah..


>> Sejarah & Koleksi Baju Kelab


~ MAJULAH KELAB C16 & BADMINTON UNTUK NEGARA! ~


Your cart is currently empty.
Continue shopping