Tentang Kami

Kelab Badminton C16 merupakan salah sebuah team badminton yang aktif di Setapak, Kuala Lumpur. Ditubuhkan pada bulan Jun 2014. Pada awal penubuhan, kami menjalankan aktiviti-aktiviti di SLK Badminton Centre, Setapak pada setiap hari Selasa & Jumaat jam 9 malam hingga 11 malam. Setelah SLK Badminton Centre ditutup pada akhir tahun 2022, kini aktiviti C16 dijalankan di Setapak Badminton Centre. Pada masa kini jumlah ahli kami telah melebihi dari 50 pemain yang aktif.


Visi dan objektif penubuhan kelab ini adalah bertujuan untuk menjadikan kelab sebagai satu platform untuk pemain-pemain baru atau amatur bersukan & menimba ilmu dalam sukan badminton dengan menerapkan nilai-nilai yang positif dalam setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Selain itu juga dapat bersukan bersama-sama dengan pelbagai kategori tahap kemampuan pemain.



Kelab ini juga diibaratkan sebagai permulaan dalam pencungkilan bakat-bakat baru dalam sukan badminton selain menyumbang sesuatu kepada pemain itu sendiri dalam memajukan diri untuk menjadi seorang pemain badminton yang baik.


Atas semangat jati diri dan daya juang setiap pemain-pemain, kelab ini telah dan akan membuat beberapa aktiviti dalam menyemarakkan minat ahli-ahli kelab yang senantiasa aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan setiap minggu. 





Berminat untuk menyertai kami?

Sila whatsapp ke no  017-232 0372 untuk maklumat lanjut.



Moto kami : Bersukan & beriadah dengan semangat kesukanan yang tinggi.


Your cart is currently empty.
Continue shopping